11 Mac, 2011

Aku tak sehebat engkau...

Salam sejahtera dan ingatan tulus ikhlas buat semua pembaca, al-hamdulillah berkat dan rahmat Ilahi blog ini masih lagi berfungsi sebagai sebuah laluan untuk menyampaikan dakwah. Terlalu cepat masa berlalu, berakhirnya 2010 menjelma pula 2011. Namun ahli alumni madi masih tidak bertambah di saat-saat ketika ingin menjayakan sesebuah program ilmiah. Di manakah kalian semua.... terlalu jauh kah sempadan dan daerah geografi yang memisahkan kita? Tentunnya jawapan itu pada diri kalian semua yang mungkin kini sudah bergelar ustaz atau ustazah atau pegawai-pegawai atau bisnessman dan sebagainya?

Kalau dulu, wajah bersih si anak remaja memakai serban dan kopiah menghadiri solat jemaah, mengimamkan solat jemaah dan membaca doa, serta pelajar banat yang memakai jubah dan bertudung labuh, ditambah pula yang ligat menjayakan sesuatu program senantiasa menghiasi MADI. Tetapi kini anak-anak itu telah melangkah pergi bagi melakar sajarah di pentas-pentas menara gading. Namun persoalannya apakah cara didikan yang diperolehi di MADI turut dibawa pergi dan ditinggalkan sebagai kenangan. Tidak adakah lagi yang masih sudi menjadi imam,mempengerusikan program dan mengerah segala idea yang mantap ataupun gila-gila untuk tujuan ke arah melahirkan generasi MADI yang lebih mantap rohani dan berketerampilan. Di manakah antum dan antunna selaku bekas pelajar MADI atau ALUMNI MADI.

Atau engkau ada di sini, namun masih lagi tidak punya keyakinan diri untuk mencipta strategi, memimpin generasi, atau engkau rasakan kelebihan yang ada pada dirimu tidak perlu dizahirkan, justeru masih ada lagi sahabat yang lebih terkedepan dan menjayakan sesuatu program. Sudah sampai masanya kita mempersembahkan kelebihan diri yang ada dalam melestarikan seruan dakwah, bukan sekadar hanya menuding jari kepada orang lain di samping memilih-milih slot mana yang agak sesuai dengan diri.

Teori dan praktis adalah sesuatu yang berbeza, andai dulu di universiti kita hanya banyak menukilkan teori, tapi dalam realiti kehidupan praktis perlu dilaksanakan walau dalam apa jua cara sekalipun... some englishman said: practice makes perfects.

Tidak perlu berkata "Aku tak sehebat dirimu engkau... engkau mempunyai kelayakan akademik yang mantap, aku pula biasa-biasa sahaja". Seikhlas hati aku katakan padamu teman...rahmat dan rezeki Allah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Terkadang kita sendiri tidak dapat menyangka rezeki itu datang dalam hidup kita melimpah ruah...tetapi kita masih menidakkannya. Berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat menara gading itu merupakan rezeki, tak semua orang dianugerahkan kekuatan untuk menuntut ilmu seperti kalian, begitu juga yang belajar di Unversiti-unversiti yang berbeza sama ada di luar atau dalam negara, semua tempat-tempat tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mana kelebihan-kelebihan itu sepatutnya digarapkan bersama bagi memantapkan lagi sesebuah institusi dakwah. Atas alasan apa lagi yang mahu kau berikan untuk menyerahkan bidang dakwah ini kepada orang lain , dan memberikan pelbagai alasan untun mengecualikan dirimu dari menyempurnakan sesebuah program.

Aku bukanlah yang terbaik di antara kelian, apatah lagi dalam memberikan sepatah kata nasihat yang sering muak dibaca, atau pemikiranku yang agak berbeza dalam memberikan pandangan, namun apa yang ingin kuluahkan ialah seyugianya telah tiba masanya kita melangkah ke hadapan dalam membina tujuan membentuk generasi yang bakal mendatang dengan penuh keyakinan, sepertimana harapan para pimpinan yang berusaha mendirikan MADI dengan tujuan moga suatu hari nanti, anak-anak didikan di sini mampu melangkah ke hadapan bagi merealisasikan sebuah harapan dan impian.

Walau siapapun engkau, di mana kau berada..sekadar apa jua pendidikan yang engkau pelajari, dari bidang apa jua engkau graduated...ingatlah engkau adalah da'e....sedarilah dan pelajarilah untuk menjadi seseorang yang berkeyakinan diri...

2 ulasan:

  1. Program baru ni pun ramai tak dapat hadir..

    BalasPadam
  2. adakala sesuatu yang berlaku ada sebab tertentu

    BalasPadam

NOSTALGIA