12 Jun, 2010

Jangan Seperti Buih-buih di Laut




Demam piala dunia FIFA semakin menjengah seluruh manusia di pelusuk dunia.Setelah peristiwa flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza berlalu 13 Mei yang lalu.Terlalu cepat umat ini leka dengan keadaan,bahkan menganggap semua yang berlaku adalah peristiwa yang berjalan seiring dengan masa.Jadi sekarang masanya adalah menumpukan perhatian kepada FIFA yang bakal berlansung di Afrika.Semestinya anak muda Melayu yang beragama Islam,tidak ketinggalan mengambil peluang menjawab soalan-soalan berkaitan FIFA untuk mendapat ganjaran sebagai pemenang. Setiap tahun pastinya ada Piala Dunia,tetap hebat bila saat pasukan bola yang digemari mendapat kejayaan dalam setiap perlawanan.Meriah di kedai-kedai makan,riuh rendah sekali sorokan kaum Adam yang menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka.

Tetapi sekali pandang,sebenarnya permainan sms seperti itu sama seperti bermain judi.Tanahair ini sebenarnya memang menanti masa agar bala akan kunjung tiba. Merujuk kepada laporan (Fikrah 7-10 Jun 2010,m/s:12) pemimpin yang mentadbir negara Malaysia sejak dari Tunku Abdul Rahman lagi menganggap judi sebagai (welfare lottery).Malah di zaman pemerintahan Mahathir yang dianggap pemimpin yang berwawasan dan gemar mencipta teknologi, beliaulah di antara pemimpin UMNO yang pertama meluluskan lesen mesin slot di Bukit Tinggi.Jangan sekali lupa di mana terletaknya pengendali Besar judi di Malaysia iaitu yang terletak di Genting Berhad.Bahkan Genting merupakan pengendali kasino Terbesar di Asia Tenggara….wah hebatnya! Hebatnya kejayaan yang bodoh ini.Banggakah anda menjadi rakyat Malaysia?

Sebanarnya apakah simbolik yang ada di sebalik World Cup atau Piala Dunia.Siapakah yang menganjurkan world Cup pada saban tahun? Tidak lain semestinya barat.Andai barat yang menganjurkan perlawanan seperti ini,apa motifnya?Terfikirkah kita? Teringatkah kita pada kalimah lalai dan leka yang disebut di dalam kalam-kalam Allah?Atau kita juga telah lupa? Terfikirkah kita tentang agenda barat untuk melemahkan pemikiran umat Islam.Antara agenda tersebut adalah dengan memperbanyakan hiburan dan keseronokan serta keasyikkan,agar umat ini tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.Apatah lagi golongan yang meminati bola sepak,tidak lain ialah para pemuda.

Nabi S.A.W pernah menyebut:Umatku akhir zaman seperti buih-buih di laut.

Berdoalah mudah-mudahan, kita tidak termasuk di kalangan umat buih yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. Saat waktu riuh rendah umat Islam dan mereka yang bersimpati dan bersifat kemanusiaan terhadap sesama manusia yang tertindas dalam kezaliman dan peperangan.Saat umat ini baru bangkit dan sedar tentang kepentingan Jihad melawan Israel…dengan kejadian yang baru berlaku di peangairan antara bangsa,namun umat ini kembali dibuai kelekaan dengan agenda musuh yang bersekutu dengan Israel .Isnin yang lalu,berdetum-detam persidangan parlimen membincangkan hal berkaitan keganasan Israel menyerang flotilla di parlimen, ramai pemimpin-pemimpin mengecam tindakan Israel,tidak ketinggalan juga perdan menteri Malaysia.Tahniah diucapkan di atas kesedaran beliau berbicara berkaitan Palestin.Sekalipun beliau mengambil masa yang lama untuk memberi keterangan berkaitan isu ini.Tetapi sekadar ucapan dan syarahan dan kutukan sahaja tidak membawa kesan apa-apa kepada rakyat.Sekiranya ucapan tersebut tidak disertakan dengan perubahan dan penghijrahan dari pemerintahan yang sentiasa mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara kepada pemerintahan yang bersih dan amanah.

Di saat kita telah berjaya menghidupkan diri dengan kalimah jihad di hati dengan mengecam tindakan Israel, saat kita baru sahaja berdemontrasi menghantar memorandum Amerika berkaitan isu fotila,janganlah dengan munculnya piala dunia,kita sanggup berjaga malam untuk menontonnya, ambillah hiburan itu sekadarnya sahaja.Sedangkan malam-malam sebelumnya tidak pula kita hiasinya dengan berjaga malam untuk bermunajat dan bertahajjud kepada Allah bagi mencapai kekuatan dan keimanan di hati sepertimana kekuatan iman yang dimilik oleh tentera Panglima perang Islam yang terulung dan berstrategi dalam mencipta kemenangan dalam peperangan Salib. Bahkan kepintaran beliau mencipta strategi dalam peperangan itu diiktiraf oleh musuh Islam, Dialah Sollahudeen al-Ayyubi.

Khaibar,kahibar ya Yahudi,Jundu Muhammad Sata’ud….

Artikel oleh: bintukamaruddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOSTALGIA