04 September, 2011

Salam Aidilfitri, sekalipun terlewat.....



Salam Aidilfitri buat semua andai ucapan ini terlewat untuk diungkapkan.Lama juga blog ini tidak di update, sampai ada yang memberi komen Lajnah Penerangan hidup segan mati tak mahu,anyway thanks for your comment, it will be update Insyaallah.I come to create something to this blog, and hopefully all of members are support me too.

Saban hari tentu ada yang singgah di blog ini untuk melihat sesuatu yang baru di blog ini.Something like a good news,a good information and more than that.Sebenarnya penulis agak lama tidak menjenguk blog ini.Adakala tugasan dan tanggungjawab yang dipikul membuatkan kita tidak istiqamah dengan perkara kecil yang sering kita lakukan sebelum ini. Namun andai ada pertemuan dan some planning to refresh the team work...I hope this blog will be the great blog somedays.

Alhamdulillah kita berada di bulan kemenangan iaitu bulan Syawal setelah kita berpanas hujan di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan serta Bbulan yang banyak mentarbiyah, mendidik, dan menganugerahkan semangat roh yang diterangi nur yang bergemerlapan ke dalam diri kita.Semangat roh yang mampu mengalahkan nafsu dan melahirkan perasaan sabar,taqwa dan keimanan yang sentiasa menghiasi hati dalam mencapai matlamat dan maqam orang yang bertaqwa."la'alakum tattaqun".Sekalipun madrasah Ramadhan atau training camp Ramadhan telah berakhir pada tahun ini, saya bermohon ke hadrat Ilahi untuk diri sendiri dan para pembaca agar sinaran Nur Ramadhan sentiasa bersama kita dalam mengorak langkah al-amalu lillah untuk hari ini dan sehingga ke Ramadhan tahun hadapan.Ameen.

Syawal mengajar kita menyelami dan menghayati hakikat fitrah insani yang semestinya bersih dan suci dari segala dosa dan kembali mengeratkan hubungan melalui hablul minallah dan hablul minan nas.Di bulan kemenagan Islam ini juga seyugianya kita tampil sebagai orang baru saja beroleh motivasi di Madrasah Ramadhan dan bersemangat mencipta kejayaan dalam setiap langkah al-amal.Terus melangkah dengan semangat baru beserta jiwa yang baru yang tidak lagi dikonkong nafsu serta melebihkan persiapan dalam membina seni dakwah yang baru agar Islam terus berkembang di bumi Allah ini melalui lisan-lisan para da'i yang mukhlisina fi sabilihi.

11 Mac, 2011

Aku tak sehebat engkau...

Salam sejahtera dan ingatan tulus ikhlas buat semua pembaca, al-hamdulillah berkat dan rahmat Ilahi blog ini masih lagi berfungsi sebagai sebuah laluan untuk menyampaikan dakwah. Terlalu cepat masa berlalu, berakhirnya 2010 menjelma pula 2011. Namun ahli alumni madi masih tidak bertambah di saat-saat ketika ingin menjayakan sesebuah program ilmiah. Di manakah kalian semua.... terlalu jauh kah sempadan dan daerah geografi yang memisahkan kita? Tentunnya jawapan itu pada diri kalian semua yang mungkin kini sudah bergelar ustaz atau ustazah atau pegawai-pegawai atau bisnessman dan sebagainya?

Kalau dulu, wajah bersih si anak remaja memakai serban dan kopiah menghadiri solat jemaah, mengimamkan solat jemaah dan membaca doa, serta pelajar banat yang memakai jubah dan bertudung labuh, ditambah pula yang ligat menjayakan sesuatu program senantiasa menghiasi MADI. Tetapi kini anak-anak itu telah melangkah pergi bagi melakar sajarah di pentas-pentas menara gading. Namun persoalannya apakah cara didikan yang diperolehi di MADI turut dibawa pergi dan ditinggalkan sebagai kenangan. Tidak adakah lagi yang masih sudi menjadi imam,mempengerusikan program dan mengerah segala idea yang mantap ataupun gila-gila untuk tujuan ke arah melahirkan generasi MADI yang lebih mantap rohani dan berketerampilan. Di manakah antum dan antunna selaku bekas pelajar MADI atau ALUMNI MADI.

Atau engkau ada di sini, namun masih lagi tidak punya keyakinan diri untuk mencipta strategi, memimpin generasi, atau engkau rasakan kelebihan yang ada pada dirimu tidak perlu dizahirkan, justeru masih ada lagi sahabat yang lebih terkedepan dan menjayakan sesuatu program. Sudah sampai masanya kita mempersembahkan kelebihan diri yang ada dalam melestarikan seruan dakwah, bukan sekadar hanya menuding jari kepada orang lain di samping memilih-milih slot mana yang agak sesuai dengan diri.

Teori dan praktis adalah sesuatu yang berbeza, andai dulu di universiti kita hanya banyak menukilkan teori, tapi dalam realiti kehidupan praktis perlu dilaksanakan walau dalam apa jua cara sekalipun... some englishman said: practice makes perfects.

Tidak perlu berkata "Aku tak sehebat dirimu engkau... engkau mempunyai kelayakan akademik yang mantap, aku pula biasa-biasa sahaja". Seikhlas hati aku katakan padamu teman...rahmat dan rezeki Allah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Terkadang kita sendiri tidak dapat menyangka rezeki itu datang dalam hidup kita melimpah ruah...tetapi kita masih menidakkannya. Berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat menara gading itu merupakan rezeki, tak semua orang dianugerahkan kekuatan untuk menuntut ilmu seperti kalian, begitu juga yang belajar di Unversiti-unversiti yang berbeza sama ada di luar atau dalam negara, semua tempat-tempat tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mana kelebihan-kelebihan itu sepatutnya digarapkan bersama bagi memantapkan lagi sesebuah institusi dakwah. Atas alasan apa lagi yang mahu kau berikan untuk menyerahkan bidang dakwah ini kepada orang lain , dan memberikan pelbagai alasan untun mengecualikan dirimu dari menyempurnakan sesebuah program.

Aku bukanlah yang terbaik di antara kelian, apatah lagi dalam memberikan sepatah kata nasihat yang sering muak dibaca, atau pemikiranku yang agak berbeza dalam memberikan pandangan, namun apa yang ingin kuluahkan ialah seyugianya telah tiba masanya kita melangkah ke hadapan dalam membina tujuan membentuk generasi yang bakal mendatang dengan penuh keyakinan, sepertimana harapan para pimpinan yang berusaha mendirikan MADI dengan tujuan moga suatu hari nanti, anak-anak didikan di sini mampu melangkah ke hadapan bagi merealisasikan sebuah harapan dan impian.

Walau siapapun engkau, di mana kau berada..sekadar apa jua pendidikan yang engkau pelajari, dari bidang apa jua engkau graduated...ingatlah engkau adalah da'e....sedarilah dan pelajarilah untuk menjadi seseorang yang berkeyakinan diri...

26 Februari, 2011

Al Fatihah : Ustaz Mansor Ariffin telah kembali ke rahmatillah

Bekas Tenaga Pengajar MADI, Ustaz Mansor Ariffin, 83, meninggal dunia pada 23 Februari 2011 jam 9.00 malam di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut beberapa minggu lalu akibat sakit jantung dan kencing manis.

Pemergian beliau diibaratkan kehilangan yang besar buat seluruh pecinta ilmu di bumi Perlis. Ketika solat janazah di Masjid Tun Abdul Razak Repoh baru-baru ini, kehadiran ramai bekas murid beliau hingga menjangkau usia 75 tahun.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

11 Februari, 2011

KARIM '10 Dalam Ingatan


(1)
Adikku,
bukankah tadi engkau mengeluh kerana kepenatan
engkau kata kami sudah bosan
kami tidak program seperti ini
kami sudah dewasa
mengapa kami diajar jerit-jerit
mengapa kami disuruh ke sana - ke mari
mengapa kami disuruh itu dan ini
mengapa kami perlu bekejar ke sana ke ke mari

Adikku
bukankah tadi engkau bilang,
apa makna pertemuan ini
apakah kami mahu disumbat-sumbat lagi
apakah kami ini seorang pelajar jahil
apakah kami telah dipilih sebagai pelajar MADI
mengapa kami mahu diajar-ajar lagi.

Adikku
bukankah tadi engkau katakan
bila program ini mahu berakhir
bila program ini akan ditutup
kami tidak mahu lagi
kami mahu pulang
kawan-kawan kami semua pulang
kawan-kawan kami semua sedang enak makan bersama keluarga
kawan-kawan kami semua sedang bersuka ria di bandar
tempat kami selalu lawati malam-malam hari.

Adikku
tahukah engkau
engkau tidak layak duduk di sini
di sekolah bertuah ini
di sekolah yang bernama Sekolah Menengah Agama
di sekolah yang guru-gurunya bukan daripada kalangan guru-guru biasa
di sekolah yang senior-seniornya bertebaran di persada dunia

Adikku
tahukah engkau
engkau tidak layak duduk di sini
di sekolah yang mengajar erti kedewasaan
engkau malas
engkau selalu kata pada guru-guru
engkau katakan cikgu itu sial - bodoh - gila

Adikku
engkau mengaku engkau berada di sekolah agama
engkau mengaku engkau terpilih ke sekolah agama
engkau mengaku yang engkau layak ke sekolah ini
tetapi engkau tidak layak sebenarnya duduk di sini
engkau bukan budak sekolah ini sebenarnya
engkau tahu cakap babi- pukimak- bodoh

betulkan??
betulkan??
betulkan??

Engkau mengakulah adik-adikku
berapa banyak dosa kepada guru sekolah ini yang engkau telah lakukan
berapa banyak dosa kepada ibu bapa di rumah yang engkau telah lakukan
engkau kata pada dirimu

aku maki semua orang tetapi aku berjaya pada hari ini.

Benar adik- adikku

Engkau sebenarnya tidak malu kerana menumpang kasih di sekolah agama
Engkau sebenarnya tidak malu berpakaian watak pelajar agama
tetapi akhlakmu...bukan akhlak pelajar sekolah agama
tetapi tingkah lakumu...bukan sebagaimana watak pelajar sekolah agama
tetapi perangaimu....

aduh..!!!! Memalukan..

Adikku,

Berapa banyak kali engkau qiam di surau sekolah itu
berapa banyak kali engkau fikirkan masa depanmu
berapa banyak kali engkau letakkan jadual harianmu

Engkau tidak layak adikku berada di sini...

Layakkah kau berada di sini?

(2)
Adik-adik yang disayangi
abang tahu engkau bukan orang seperti itu
engkau baik orangnya
engkau mulia akhlaknya
engkau mentaati guru setiap masa
engkau terpilih ke sini di atas ketentuan Allah.

Percayalah adik yang kusayangi
setiap sesuatu pilihan itu ada kelebihannya
setiap sesuatu pilihan itu ada kekuatannya
engkau perlu gunakan
engkau perlu rasakan bahawa engkau terpilih ke sini kerana pilihan-NYa.

Adik-adik yang disayangi
Hari sekolah nanti
engkau katakan kepada gurumu
'cikgu, kalau saya ada buat salah dengan cikgu, cikgu maafkan saya ya...
ustaz, kalau saya ada terkata di belakang ustaz, ustaz maafkan saya ya...
ustazah, kalau saya tidak layak menjadi anak murid cikgu, maafkan saya ya...

Engkau berani katakan begitu?

Engkau berani?

Pecahkanlah egomu wahai adik-adikku
Musnahkan tembok rasa benci wahai adik-adikku

Kembalilah ke dunia asalmu dahulu,
waktu engkau masih suci tanpa dosa dan noda
waktu engkau mula-mula masuk ke sekolah ini
waktu mula-mula engkau kagum keran engkau terpilih di sini.

Percayalah adik-adikku,
maaf yang engkau ucapkan nanti...
akan teringat oleh guru-gurumu itu hingga mereka mati nanti
akan teringat oleh guru-gurumu itu ketika engkau sedang nazak
barulah guru-gurumu akan berkata...
itulah murid yang telah aku ampunkan dosanya hingga mati.

Adik-adikku yang disayangi
engkau bangkitlah
engkau letakkan kepada dirimu
bahawa engkau akan jadi pelajar cemerlang
bahawa namamu akan menjadi salah seorang pelajar mithali sekolah ini
bahawa namamu akan mengharumkan nama ibu bapamu
bahawa namamu akan disebut untuk menerima anugerah khas
engkaulah orang itu.

Adik-adikku yang disayangi
ibu dan ayahmu sedang buat apa agaknya di rumah
bukankah mereka sedang mengira duit belanja untuk engkau
bukankah mereka sedang mengira duit untuk beri kepadamu nanti
bukankah mereka sedang mengira hutang-hutang mereka yang belum selesai
tetapi kerana engkau
mereka korbankan di celah-celah untuk memberikanmu walau sedikit.

Adik-adikku yang disayangi
engkau terpilih adikku
engkau insan terpilih adikku
engkau adalah hamba yang terpilih
percayakah engkau?

Lafazkanlah alhamdulillah dalam hatimu
lafazkanlah subhanallah dalam jiwamu
lafazkanlah syukur kepada Allah dalam kalbumu itu...

Engkau adalah pilihannya...
engkau adalah teristimewa...

26 Disember, 2010

TIGA FORMULA HINDARI GANGGUAN MENTAL...


Dr 'Aidh Al Qarni selalu mengkaji dan meneliti berbagai buku mengenai 'cemas' dan gangguan mental. Beliau merujuk hasil tulisan ulama terdahulu dari kalangan ulama hadis, sasterawan, para pendidik, pakar sejarah dan juga lain-lain.

Semua mereka bersepakat bahawa ada tiga perkara pokok yang mesti ditempohi bagi orang yang ingin sembuh dan terhindar dari gangguan mental sekaligus hati menjadi lapang.

1) Sentiasa menggantungkan hati kpd Allah, menyembah, taat dan berserah diri kepada-Nya. Ini merupakan masalah keimanan yang amat penting.

2) Menutup fail-fail masa lalu dengan semua kepedihan dan air matanya, kesedihan dan bencananya, dan kesusahan dan keresahannya. Lalu memulai satu hidup baru dengan hari yang baru pula.

3) Membiarkan masa depan yang masih ghaib tidak menganggu dan melarutkan diri di dalamnya. Juga jauhkan diri dari segala bentuk ramalan yang tidak berasas. Tetapi berusahalah untuk hidup dalam lingkup hari ini sahaja.

Jangan percaya kepada segala bentuk desas-desus dan khabar angin, sebab Allah sudah berfirman merujuk kepada sikap musuh-musuh-Nya;

"Mereka menyangka bahawa tiap-tiap teriakan yang kuat ditujukankepada mereka" (al-Munafiqun: 4).

Adaptasi dari buku 'Jangan bersedih' oleh Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.

Sekian Wassalam.

13 November, 2010

Bulan Zulhijjah


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi.

Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

NOSTALGIA