25 Mei, 2009

USTAZ AHMAD OSMAN TELAH PULANG KE RAHMATULLAH

Pada jam 11.30 pagi bertarikh 25 Mei 2009, saya, Pak un & Firdaus Fadhil pergi ke rumah Allahyarham yang terletak di Jelempok untuk menunaikan solat jenazah. Bila kami tiba di rumah Allahyarham, kami dapati ramai keluarga, sahabat, serta bekas anak murid beliau pergi ke rumahnya untuk menyalatkan jenazah Allahyarham. Sebelum itu, saya mendapat maklumat dari Ustaz Wahab (guru MADI) bahwa Ustaz Ahmad Osman telah meninggal dunia (tapi tak tahu pulak jam berapa Allahyarham meninggal). Terdetik di hati saya bahwasanya telah pergi seorang lagi tokoh MADI yang kami segani. Sebagaimana saudara dan saudari maklum bahwa, sudah 5 orang bekas guru MADI termasuk Ustaz Ahmad Osman telah kembali ke rahmatullah (kalau tak salah saya lima orang).

Allahyarham disolatkan pada jam 12.15 tengahari, dan selamat dikebumikan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan beberapa orang anak (tak tahu Allahyarham meninggalkan berapa orang anak). Tapi yang penting, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab untuk disedakahkan kepada Allahyarham. Dengan barakah surah al-Fatihah ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah….

1 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,pembetulan, rumah Ustaz Ahmad Osman bukan di Jelempok tapi di Utan Kandis. Terima kasih.

    BalasPadam

NOSTALGIA