14 April, 2010

Mahukan Keterlibatan Yang Lebih Ramai Dalam Pasukan - AJK Alumni


Jejawi 14 april 2010 - Alumni MADI berjaya mengadakan mesyuarat kali ke-3 selepas peralihan sesi pentadbiran baru tahun lalu. Mesyuarat yang dihadiri oleh beberapa orang AJK itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi I; Asrul Aimran Abd Jalil menggantikan Pengerusi yang telah berhijrah ke negeri orang.

"Kami telah berjaya mengadakan 16 perlawanan futsal melibatkan ahli Alumni dan pihak luar bagi mengeratkan ukhuwwah dan jalinkan mahabbah", kata Shahrul Mutminin Mat Isa selaku Ketua Lajnah Kebudayaan & Sukan (LKS). Mesyuarat menyaksikan LKS merupakan lajnah yang paling aktif bergerak bagi mengumpul ahli dan eratkan persaudaraan. LKS juga berjaya menguruskan kumpulan nasyid Ma'had Tahfiz Al Quran Darul Hikmah dengan sesi latihan dan persembahan.

Lajnah Kebajikan yang diketuai oleh Anuwar Mat Arshad menyatakan bahawa pihak lajnah ada memberi sumbangan kepada beberapa ahli yang membina rumah tangga dan cendrahati kepada pasangan yang menimang cahaya mata.

Mesyuarat juga telah memutuskan akan mengadakan Makan Malam Perdana Alumni dengan diamanahkan kepada Mohd Firdaus Fadzil selaku Ketua Lajnah Ekonomi sebagai pengarah program. Pertemuan Rasmi juga akan diatur bersama pihak pentadbiran baru MADI bagi melicinkan segala perancangan aktivi dan program.

Alumni akan berusaha membantu MADI khususnya para pelajar dengan menganjurkan kelas kraftangan, tusyen dan motivasi peperiksaaan bagi melahirkan para pelajar yang mampu berdaya saing dengan pihak lain.

Mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 7.00 malam itu turut dikejutkan dengan kehadiran Pengerusi yang kebetulan berada di Perlis. AJK dihidangkan dengan jamuan ringan berupa air tebu, air kotak dan goreng pisang oleh penyumbang yang bermurah hati.

Setiusaha; Suriady Idris mengharapkan kehadiran yang lebih memberansangkan pada pertemuan hadapan agar dapat memudahkan gerak kerja Alumni yang kita cintai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOSTALGIA