Dr Asri ditangkap hari tu disebabkan menyampaikan kuliah tanpa permit.Ramai orang yang bangun menentang tangkapan tersebut termasuklah orang-orang kuat dalam beberapa parti.
Walaupun pada dasarnya kita semua sedar bahawa Dr Asri memang pernah menjadi mufti Perlis satu ketika dulu,banyak kes yang dinyatakan beliau selama menjawat jawatan tersebut yang agak mengarah kepada kontraversi dalam dunia Islam di Malaysia.Mungkin kita fikir logik,memang tak sepatutnya orang yang menyampaikan kuliah tanpa permit ditangkap.Dan kenapa pula tidak dicekup orang yang buat maksiat yang sedang berleluasa.
Tapi jika kita lihat keadaan masyarakat kita di Perlis yang berfahaman Wahabi,yang entah apa-apa, yang berlagak amalkan sunnah dan quran,padahal tak setara mana pun,tapi lebih merasakan pandangan dan pegangan mereka adalah semua betul dan pandangan dan amalan orang selain wahabi semuanya salah dan bidaah,ana merasakan tidak perlu dibela orang yang berpegang dengan pendapat wahabi seperti ini,apatah lagi mereka yang mempunyai pengaruh yang besar dalam mazhab mereka.
Takut-takut nanti bila ditangkap dan dibela-bela,bertambah ramai pula pengikut beliau yang berfahaman sama dengan beliau.Sedangkan mereka orang-orang wahabi sentiasa melawan pendapat dan pandangan Jumhur Ulamak dalam banyak perkara.Sedangkan kita berpegang kepada pendapat jumhur ulamak bukan pandangan ulamak yang berseorangan dalam memberikan pendapat.
Sebenarnya kehadiran mazhab wahabi dalam dunia Islam telah mencetuskan perpecahan umat,sedangkan kita sedar umat Islam akan lebih kuat apabila mereka bersatu, dan kita juga perlu sedar,kita tak mungkin bersatu dengan orang yang lagaknya seperti mengatakan hanya pendapat mazhab dia sahaja yang betul orang lain salah,orang lain sesat dan mengamalkan bidaah.Sedangkan para fuqaha mengajar kita supaya jangan pandai menghukumkan orang.Semua kita adalah bersaudara dan Islam.Selagi mana masing-masing masih tetap rukuk dan sujud menyembah Allah.
Inilah di antara ideal yang dapat ana kongsikan bersama sahabat,setelah ana membaca blog sorang sahabat alumni yang membicarakan pendapat mengenai Dr Asri,ana terpanggil untuk menyatakan pandangan ana diruangan ini.Andai fahaman Wahabi boleh diperbaiki,sudah lama fahaman ini semakin hilang di negeri kita,kerana negeri kita paling terkenal dengan geralan ini di mata masyarakat di Malaysia,hinggakan ana di UKM disoal pensyarah adakah ana juga berfahaman wahabi setelah bertaaruf dan mengetahui negeri kelahiran ana.
Apa yang paling penting untuk dikongsikan kepada sahabat,sesungguhnya orang Yahudi lebih gembira melihat perpecahan berlaku di kalangan sesama umat Islam sendiri,kerana keadaan seperti ini akan menyibukkan umat Islam dengan perkara yang kecil,iaitu perkara furuk dan dilupakan dengan perkara yang lebih besar iaitu perkara usul seperti jihad,sedangkan mereka orang Yahudi sedang bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk menghancurkan umat Islam.Lihat sahaja dunia Arab hari ini berpecah belah setelah America memusnahkan Iraq,dan umat Islam di sana berpecah dan berperang sesama sendiri antara Syiah dan sunni.Lihat saja negara Islam yang besar dipecah-pecahkan menjadi kecil seperti negara Syam yang pada masa ini ianya terdiri dari beberapa negeri seperti Syria,Jordan,Lubnan dan Palestin,hinggakan bila Israel menyerang Palestin negeri sejiran dengan mereka, mereka berdiam diri dan menganggap isu Palestin hanya mempunyai kaitan dengan rakyat Palestin bukan seluruh orang Arab dan umat Islam.
Apa jua keadaan kita pada hari ini,pandangan Jumhur juga menjadi pengangan kebanyakan umat.Kita juga sedar jumhur ulamak sentiasa memberikan fatwa mengikut perkembangan arus dunia.Tetapi wahabi menentang pendapat jumhur yang mengikut arus bahkan apa yang lebih baik bagi mereka semua orang mestilah kembali berada ditahap yang lama,jangan dibuat sebarang pembaharuan.Kerana zaman dulu nabi tak buat benda tu semua.Mengapa befikir begitu…
Dr Said Ramadhan al-Buty pernah menyebut bahawa Salafi adalah sebuah perjalanan dan fasa sejarah bukan mazhab. Beliau juga menyebut : Salafi tidak ada hak untuk menisbahkan orang yang salah dalam ijtihad itu sebagai golongan yang sesat,dan pembuat bidaah ataupun terkeluar dari manhaj salafu soleh,Sedangkan nabi menyebut bagi yang salah dalam berijtihad akan mendapat satu pahala,dan bagi yang kedua berijtihad (benar) akan mendapat dua pahala.Rujukan(Al-Salafiyah:Dr Said Ramadhan Al-Buty).
Ini sekadar pandangan peribadi ana,andai ianya salah itulah satu kelemahan ana, yang perlu diperbaiki oleh sahabat.
Al-Bint
Tiada ulasan:
Catat Ulasan